PUTRAJAYA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan aktiviti pemantauan makanan di hotel yang menyediakan bufet Ramadan, premis pembekal bahan mentah serta premis penyediaan ais bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.